Mesyuarat Kumpulan Fokus Khas Perkongsian Maklumat (KFKPM) Bil 1/2016 di Unisza International Centre, Kuala Lumpur

Mesyuarat Kumpulan Fokus Khas Perkongsian Maklumat (KFKPM) Bil.1/2016 telah berlangsung pada 21 November 2016 dimana UniSZA telah menjadi urusetianya. Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UIC, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 20 Universiti Awam Malaysia (UAM). Penubuhan kumpulan fokus khas ini bermatlamat merancang dan melaksanakan program perkongsian maklumat dalam kalangan UAM dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman. Pertemuan ahli KFKPM ini memberi ruang perbincangan secara terperinci bagi menggariskan terma rujukan penubuhan kumpulan. Antara objektif utama penubuhan kumpulan ini adalah mewujudkan forum bagi perkongsian idea, kepakaran serta pengalaman dalam bidang perkongsian maklumat. Di samping itu, mewujudkan modul bagi perkongsian maklumat mendapat perhatian di kalangan ahli yang mana ia dirancang untuk diperbincangkan dengan lebih lanjut dalam bengkel yang akan diadakan pada masa akan datang. Penubuhan KFKPM diharap dapat menjadi platform bagi pemantapan fungsi pustakawan dalam perkongsian maklumat di zaman maklumat di hujung jari dan tanpa sempadan ini.

 

 

Leave a Reply