Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam Malaysia ditubuhkan berdasarkan objektif berikut :

  1. Menjadi peneraju utama didalam penyediaan, perkongsian dan perkhidmatan sumber maklumat ilmiah di dalam dan luar negara.
  2. Menjadi penasihat dalam menggubal dasar, hala tuju dan standard yang berkaitan dengan pembangunan perpustakaan universiti awam Malaysia.
  3. Merancang dan menyelaras program pembangunan modal insan dalam bidang kepustakawanan akademik.
  4. Berperanan untuk menasihati IPT, JPT, JPA, SPA dan lain-lain pihak berkepentingan dalam membantu menyediakan perancangan dalam bidang kepustakawanan dan prasarana ilmu.
  5. Mewakili universiti dan badan profesional dalam dan luar negara berkenaan bidang kepustakawanan.
  6. Meningkatkan kerjasama dan perkongsian sumber maklumat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.