Mesyuarat MKP Bil.4/2016 di Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Mesyuarat Majlis Ketua Pustakawan (MKP) Universiti Awam bilangan 4/2016 telah diadakan di Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Disember 2016 bermula jam 9.30 pagi. Mesyuarat telah dihadiri oleh 18 Ketua Pustakawan/wakil daripada Universiti Awam dari seluruh Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai laporan Bengkel Keserakanan dan Kesepunyaan, laporan Kumpulan Fokus Khas MKP dan juga laporan “Special Interest Group’ PERPUN. Pada sesi sebelah petang, turut diadakan sesi taklimat mengenai “MYREN-X and SIFULAN Indentity and Access Management” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis, Timbalan Pengarah Bahagian Geran Penyelidikan (Geran Swasta dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pada mesyuarat kali ini juga turut diadakan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih kepada mantan Ketua Pustakawan UKM, merangkap Pengerusi MKP iaitu Pn Hajah Hafsah Mohd dan juga Puan Asmanyz Aza Mohamad selaku Setiausaha MKP sesi yang lepas. Majlis dimulakan dengan mendengar ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MKP iaitu Tuan Hj. Salleh Hudin Mustaffa, seterusnya ucapan daripada Puan Hajah Hafsah yang turut menyampaikan ucapan dan amanat beliau kepada barisan ahli mesyuarat yang baharu.

Pada 27 Disember 2016, MKP turut mengadakan pertemuan dengan Pusat Sitasi Malaysia (PSM) di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah perbincangan mengenai Konsortium Nasional Pangkalan Data, Tesis Online dan bajet pembelian pangkalan data. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf.

Lihat Galeri MKP – gambar

Leave a Reply