Download

- Stars (0)

661 Downloads

Owner: Admin

Version: 1.0

Last Updated: 08-06-2017 9:59

Share
DescriptionPreviewVersions

ABSTRAK
Perpustakaan Islam di Malaysia agak banyak dan semakin meningkat. Mengikut satu kajian (Balqis, 2008) terdapat sebanyak 97 perpustakaan Islam di Negara ini. Sebahagian daripada perpustakaan tersebut boleh dianggap sebagai perpustakaan yang mantap seperti perpustakaan universiti dan kolej. Oleh yang demikian, pustakawan yang berkhidmat di perpustakaan Islam mempunyai potensi sebagai kumpulan pustakawan yang besar dan kuat pada masa akan datang. Sekiranya perancangan yang rapi dapat diatur, banyak faedah dapat diraih daripada pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan Islam kepada Negara, rakyat dan masyarakat pustakawan Islam sendiri. Kertas kerja ini bertujuan menyelusuri perkembangan perpustakaan dan kepustakawanan Islam di Malaysia mutakhir, khasnya dikalangan perpustakaan akademik, cabaran yang perlu dihadapi oleh pustakawan Islam serta langkah-langkah yang patut diambil kearah meningkatkan lagi prestasi dan imej mereka di kalangan penyelidik dan masyarakat.
Katakunci: Pustakawan Islam, Kepustakawanan Islam, Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Islam, Perpustakaan Malaysia.

Leave a Reply